Friday, 30 May 2014

Susu Ibu Pilihan Terbaik

Assalammualaikum & Selamat Pagi semua..

Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari nie MamaLuv nak share lagi pengalaman MamaLuv dalam dunia penyusuan ini. Ramai menganggap (termasuk saya sendiri pada mulanya) bahawa penyusuan ibu adalah suatu fenomena biologi yang akan berlaku secara semula jadi apabila seorang ibu melahirkan anak. Justeru apabila menghadapi masalah atau keadaan seperti kuantiti air susu ibu semakin berkurang, kita juga menganggap ia adalah perkara biasa saja… tidak dapat dielak dan tidak dapat diperbaiki.

Namun begitu, penyusuan ibu adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan diberi perhatian penuh sekiranya kita berazam untuk melengkapkan penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun atau lebih. Semasa ibu-ibu sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai terlupa atau tidak mengendahkan untuk menambah pengetahuan tentang penyusuan ibu sebaliknya sibuk dengan persiapan-persiapan fizikal seperti baju bayi, katil, mainan, alatan mandian dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut memang perlu diberi perhatian kerana kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Namun ada satu yang TERBAIK yang kita lupakan iaitu SUSU IBU. Siapa berani menyangkal yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi???  Jadi berikan yang terbaik untuk bayi kita iaitu SUSU IBU. Sesungguhnya tiada susu di dunia yang mampu menandingi kehebatan susu ibu, malah pengeluar-pengeluar susu formula di dunia masih terus berusaha untuk menghasilkan susu formula yang “menyamai” khasiat susu ibu. Tetapi MamaLuv amat percaya yang original itulah yang terbaik dan tiada tandingannya!

Susu ibu TerbaikMemberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak kita. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan kita dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang. 

SAYA MENDOAKAN ANDA SEMUA SEMOGA BERJAYA!!!!
  • *Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu. MamaLuv suggest SET IBU MENYUSU. Klik di sini utk info

    *Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI

     "Be Healthy & Stay Healthy"

    Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

    ✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

    ➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
    ✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
    ✉ Email : ikka1979@gmail.com 
    ✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
    ➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
    ➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...