Assalammualaikum & Selamat Pagi semua..
Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari ini MamaLuv nak share mengenai persediaan awal untuk menjadi seorang ibu menyusu yang berjaya. MamaLuv pasti mesti ada di kalangan ibu-ibu yang buat pertama kalinya hamil masih terpinga-pinga atau tertanya-tanya di dalam hati “apakah persediaan yang harus aku lakukan” & “bagaimana mahu bersedia dan di mana mahu bermula”untuk menyusukan bayi. Berdasarkan pengalaman MamaLuv pelbagai perkara yang telah MamaLuv kenal pasti dari awal kehamilan lagi supaya niat MamaLuv untuk menyusukan anak ke-3 tercapai sehingga 2 tahun 6 bulan. Alhamdullilah MamaLuv berjaya, walaupun banyak halangan dan cabaran yang MamaLuv lalui. Halangan dan cabaran itulah yang telah membuat MamaLuv berjaya memberikan yang terbaik untuk anak MamaLuv. Yang penting persediaan fizikal, mental, emosi dan spiritual kita perlu seimbang agar kita bergelar ibu benar-benar bersedia untuk menghadapi dunia baru bersama bayi kita.
10 Perkara yang telah MamaLuv kenal pasti supaya niat kita untuk menyusukan bayi tercapai adalah :
1.
NIAT
Adakah saya mahu menyusukan anak dengan
sepenuhnya susu ibu ?
Ini yang paling penting. Niat kita. Mahu
menyusu atau pun tidak? Mahu menyusu sekadar ingin mencuba jika ada susu? Mahu
menyusu jika anak mahu? atau benar-benar tekad mahu menyusukan anak walau
apapun dugaan? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jika memilih untuk menyusukan
anak anda secara eksklusif, maka anda harus tetap dengan perkara itu.Yakin
bahawa itulah pilihan paling tepat dan kita tidak akan patah semangat di tengah
jalan.
2. SOKONGAN SUAMI, KELUARGA & SAHABAT HANDAI
Ini
adalah kedua penting! Anda di nasihatkan agar sentiasa berbincang dengan suami
atau ahli keluarga segala maklumat dan urusan berkaitan dengan persediaan
penyusuan. Ini supaya suami dan ahli keluarga juga boleh mendapat gambaran niat
anda sebenar dan kebaikan mengenai penyusuan susu ibu. Secara tidak langsung
mereka akan memberi dorongan dan semangat untuk anda. Bagi mereka yang
bekerjaya, tidak salah juga untuk anda berkongsi pendapat dan berbincang di
antara satu sama lain mengenai penyusuan susu ibu. Di mana ada yang pro, ada
yang tidak pro, tetapi tidak mengapa. Teruskan niat anda.
3. ILMU
Baca dan dapatkan lah pelbagai info mengenai
susu ibu melalui internet, buku dan majalah Anda juga boleh menyertai mana-mana
forum penyusuan susu ibu. Ini membolehkan anda meningkatkan pengetahuan
mengenai susu ibu dengan secara tidak langsung ia akan menambahkan lagi
semangat anda. Pergi ke kelas antenatal, kelas penyusuan, bertemu dgn kumpulan
sokongan susu Ibu (kumpulan sokongan susu ibu tidak terhad kepada ibu yang
telah melahirkan anak dan menyusukan sahaja, ibu yang mengandungkan anak
pertama juga digalakkan menyertainya.
4.
HOSPITAL RAKAN BAYI
Pilih untuk bersalin di hospital rakan bayi
dan berbincanglah dengan doktor yang bakal menyambut anak anda. Mereka lebih menitikberatkan
penyusuan selepas kelahiran. Di hospital lah kunci awal kejayaan dalam
penyusuan. Permulaan itu amat penting!
Jika anda memilih untuk bersalin di
hospital rakan bayi – InshaaAllah, anda akan dibantu oleh jururawat. Anda akan
di beri berpeluang untuk menyusukan bayi seawal kelahirannya. Anda berpeluang
rooming in dengan bayi 24 jam bersama anda, bayi anda tidak akan diberi
mana-mana susu formula melainkan atas preskripsi doktor (jika bayi bermasalah)
dan banyak bantuan penyusuan walaupun anda tidak minta.
Jika anda memilih untuk bersalin di
hospital bukan rakan bayi – tiada masalah. Anda berhak memilih di mana saja
anda selesa untuk melahirkan buah hati anda .Cuma,
maklumkan kepada doctor atau jururawat tentang keinginan anda untuk menyusukan anak
secara eksklusif. Beritahu doktor anda tentang “breastfeeding plan” anda
seperti:
-
Saya mahu FULLY BREASTFEED anak
yang bakal di lahirkan
5. SET MINDA
Set di minda anda bahawa susu ibu cukup
untuk keperluan bayi. Jika bayi masih menangis setelah di berikan susu, kenali
tangisannya. Mungkin juga bayi sakit atau pun tidak selesa tetapi kita selalu
beranggapan bayi tidak kenyang dan tidak cukup susu!
6. KENALI BENTUK PUTING ANDA
Tahu bentuk puting anda sama ada jenis
tenggelam, leper atau timbul. Jika tenggelam atau leper, agak sukar untuk bayi
menghisap. Cari jalan bagaimana untuk memperbetulkannya.
7.
CARA
PERAH SUSU
Belajar kaedah atau cara yang betul untuk memerah
susu. Untuk ibu yang bekerjaya, perlukan peralatan lengkap untuk dibawakan ke
pejabat.
BAGI
IBU YANG BEKERJAYA, PEKARA DI BAWAH HARUS TAHU DALAM PERSEDIAAN IBU MENYUSU ….
8.
PAM
SUSU
Pam susu adalah penting bagi ibu bekerjaya.
Pilih pam yang membantu ibu memudahkan proses pengepaman. Memahami segala kriteria
pam susu yang bagus dan sesuai.
9. KONSEP
PENGENDALIAN SUSU PERAHAN
Memahami konsep pengendalian susu perahan,
dari segi penyimpanan,penggunaan stok susu perahan dan jangka hayat susu. Akan MamaLuv terangkan di post yang akan datang..;-)
10. PENJAGA
BAYI
Pastikan penjaga bayi tahu bagaimana
mengendalikan stok perahan susu ibu dengan betul , baik dan selamat.
SAYA
MENDOAKAN ANDA SEMUA SEMOGA BERJAYA!!!!
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
*Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu menyusu. MamaLuv suggest SET IBU MENYUSU. Klik di sini utk info
*Masih
mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET
BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment