Assalammualaikum & Salam Petang semua..
Harapan MamaLuv agar anda semua diberkatiNya dan di kurniakan kesihatan yang baik. Kali ini berdasarkan dari bacaan buku, MamaLuv ingin berkongsi tentang janin & cinta. Ada kajian dari Barat menyatakan bahawa janin juga mampu merasai emosional dan naluri untuk merasai cinta kedua ibu bapanya. Janin juga boleh melihat, mendengar, merasa, mengingat dan berfikir sebelum dirinya dilahirkan.
Bagaimana janin boleh merasai emosi ibu mereka?
Adakah emosi ibu
tembus sehingga ke rahim ibu?
Cinta yang dirasai janin adalah menerusi
hormon-hormon yang dikeluarkan oleh tubuh anda. Ibu yang tertekan akan
membentuk banyak hormon tekanan yang disebut catecholamines dan turut
dirasai janin.
Penting bagi bakal ibu untuk berhenti dari berasa cemas dalam
pelbagai perkara termasuklah khuatir keadaan janin, persiapan melahirkan
malah cara mendidik anak. Nikmati sahaja saat kehamilan anda sehingga
ia mampu membentuk ikatan dengan si comel janin. Belajar untuk bersikap
santai dan rasional agar janin boleh berasa diingini dan dicintai.
Bukankah janin adalah buah cinta anda dan pasangan?
Sampaikan Rasa Cinta
Aktiviti ini boleh dilakukan bagi menyampaikan rasa cinta anda kepada
janin. Berbicaralah dengan janin. Sejak usia 16 minggu, janin boleh
mendengar bunyi degupan jantung anda sampailah bunyi perut anda saat
kelaparan.
Pada usia 25 minggu ia boleh mendengar suara dari luar kandungan. Ia juga boleh membezakan antara suara ayahnya dan lelaki lain sewaktu diajak berbicara.
Katakan yang anda mencintainya terutama ketika berdua-duaan dengan janin. Misalnya sewaktu mandi, rehat sendirian di rumah atau sebelum tidur. Jadikan acara berbicara itu sebagai satu rutin. Bakal ayah pula tidak perlu berasa pelik jika berbicara di perut isterinya yang membuncit itu.
Janin juga boleh merasai sentuhan. Sungguhpun ia diselubungi air ketuban, tidak bererti anda tidak boleh menyentuhnya. Cuba tekan perut anda dengan lembut. Ia akan kembali menekan perut anda.
Sama seperti suara, janin boleh membezakan antara sentuhan orang tua dengan sentuhan orang lain. Usap-usap perut anda di bahagian yang menonjol dan buah hati anda akan merasainya.
Bermain dengan sentuhan boleh menjadi lebih menyenangkan jika anda dapat melumurkan tubuh anda dengan minyak yang beraroma mawar atau lavender dengan usapan membulat.
Tidak salah juga jika anda menyanyi bersama janin. Muzik sebagai bahasa pralinguistik yang merupakan asas kemampuan bahasa bayi. Janin menyukai irama yang kuat dan teratur, justeru nyanyikanlah lagu-lagu dengan ungkapan cinta untuknya. Jangan pernah berasa bimbang dengan kualiti suara anda. Jika perlu, pasangkan muzik agar janin boleh mendengarnya. Pilih lagu atau muzik berirama seperti bunyi jantung.
Elakkan muzik yang terlalu keras atau menghentak-hentak kerana air ketuban akan meningkatkan volume suara yang didengar oleh janin. Jika anda mahu mengetahui apakah reaksi janin, rasai gerakannya. Ketika dia lahir, lagu yang dahulu sering anda putar atau nyanyikan pasti akan disukainya. Ia bisa membantu menenangkan anak anda kelak.
Wanita hamil yang bijak adalah wanita yang mempunyai cara untuk
merasai bahagia di sepanjang kehamilannya. Terdapat beberapa idea yang
boleh ditiru dan dipraktikkan oleh wanita hamil untuk mengecap nikmat
bahagia di sepanjang kehamilannya.
Bersenam adalah Baik Untuk Wanita Hamil
Senaman yang sesuai untuk wanita hamil boleh membuatkan tubuh si ibu
sihat dan janin pun menjadi sihat. Sebaiknya sebelum meneruskan niat
untuk bersenam dapatkan dahulu nasihat daripada doktor anda.
Wanita Hamil Juga Boleh Kelihatan Cantik
Tidak sukar untuk kelihatan cantik semasa hamil. Apa yang perlu
dilakukan adalah bakal ibu perlu melihat dan mengamati dengan lebih
mendalam tentang dirinya sendiri.
Cara itu mereka tahu bagaimana mahu berhadapan dengan tubuh mereka. Justeru, jangan bimbang untuk tampil cantik sewaktu hamil. Ingatlah bahawa waktu hamil bukanlah masa yang sesuai untuk memencilkan diri. Serlahkan kejelitaan anda dengan keyakinan diri yang mendalam.
Berikan Rangsangan Pada Janin
Bagi memenuhi perkembangan fizikal janin, rangsang janin anda dengan
mengambil makanan dan minuman yang bernutrisi seperti minum susu untuk
wanita hamil, melakukan senaman ringkas dan rehat yang mencukupi.
Manakala untuk perkembangan kognitifnya, berikan rangsangan dengan
mengambil makanan yang dapat menggalakkan pertumbuhan otak seperti
vitamin. Anda juga boleh mulakan bercerita dengan janin dan berikan
mereka merasai apa yang anda rasai ketika ini.
* Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. MamaLuv suggest SET IBU HAMIL SHAKLEE. Klik di sini utk info
*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE THE BEST. KLIK DI SINI
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
* Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. MamaLuv suggest SET IBU HAMIL SHAKLEE. Klik di sini utk info
*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE THE BEST. KLIK DI SINI
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment