12 PANDUAN ATASI MASALAH TIDUR KETIKA HAMIL
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam memandangkan posisi
terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri.
2. Mandi air suam.
Mandi dengan air suam sebelum anda tidur. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur.
Walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur anda mungkin kerap berasa
lapar. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Anda boleh
mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
4. Minum susu suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar
serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
5. Amalan tarik nafas.
Bagi membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu anda untuk
tidur lebih baik adalah dengan latihan menarik nafas yang teratur.Dalam
keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara
perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus
dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya
dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam.
Bagi mengurangkan
masalah kekejangan kaki adalah dengan senaman yang dilakukan secara
teratur. Tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur
kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda
kekal berjaga.
7. Bantal yang menyangga.
Sangga perut
mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia bagi membantu menyelaras
pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan
ketika tidur
8. Suhu bilik.
Tidur anda terganggu oleh
sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan jadi pastikan
suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin,
pastikan aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak
menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil yang selesa
Jika
anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia
kehamilan perlulah memastikan keadaan katil yang selesa tentu sahaja
dapat menimbulkan keselesaan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti
baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Ia bagi
membantu anda tidur denga lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain
yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin tidur
Setiap kali sebelum tidur biasakan diri untuk melakukan rutin
menenangkan. Contohya seperti mandi menggunakan air suam diikuti
mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah
kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan
sebelum melelapkan mata. Ini kerana minda akan diselaraskan untuk
mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk
tidur.
11. Pakaian tidur
Baju tidur yang disarungkan juga
turut memainkan peranan penting. Pakai baju tidur yang mampu menyerap
peluh dengan baik. Ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin
akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester
kehamilan mengganggu tidur anda.
12. Suasana bilik tidur.
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang
keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan
suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas,
menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi
yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.
• Tidur pada siang hari selama satu jam dapat meningkatkan kualiti tidur sepanjang kehamilan.
* Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. MamaLuv suggest SET IBU HAMIL SHAKLEE. Klik di sini utk info
*Masih
mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET
BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
No comments:
Post a Comment