Disini ingin MamaLuv share sedikit info tentang anatomi payudara kita dan serba sedikit peringatan untuk menjaga payudara semasa penyusuan. Dua info ini adalah amat penting. MamaLuv yakin pada ibu-ibu yang pertama kali menjadi seorang ibu pasti kurang tahu tentang ini semua..kerana sebelum ini MamaLuv pun begitu tetapi MamaLuv terlebih rajin untuk "Google' dan mendapatkan infonya sendiri untuk pengetahuan tambahan. Tak rugi kan bila kita tahu..sebabnya kita boleh share dengan orang...betapa hebatnya anugerah Allah swt pada kaum Hawa..;-)
Menjaga Payudara Semasa Penyusuan
Kita harus pastikan payudara sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan kain lembap bersih sebelum dan selepas menyusukan bayi. Kita harus menggunakan bra yang lembut dan tidak merangsangkan. Pastikan coli lebar dan menutup seluruh payudara. Ibu-Ibu harus sentiasa membuat pemeriksaan payudara sendiri bagi memastikan tiada kesan luka pada aerola, tiada benjolan (susu tersumbat dalam payudara). Sekiranya ada, lakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan dan cepat berjumpa doktor.
- u untuk anaknya. Kelenjar eksokrin ini merupakan ciri mamalia iaitu menyusukan anak dan juga daripada mana nama kelas “mamalia” itu sendiri terhasil.
- Struktur kelenjar susu.Komponen asas kelenjar susu adalah alveolus yang dilapisi sel perembes susu dan dikelilingi oleh sel mioepitelia. Alveolus ini berkumpul untuk membentuk sekumpulan lobus dan setiap lobus mempunyai duktus laktiferus yang menjurus ke bukaan pada puting susu.
- Sel mioepitelia boleh mengecut, sama seperti sel otot, dan seterusnya menolak susu daripada alveolus melalui duktus laktiferus ke arah puting di mana susu akan terkumpul pada duktus sinus di bawah areola.Perkembangan dan kawalan hormon. Perkembangan kelenjar susu dikawal oleh hormon. Kelenjar susu sebenarnya terdapat pada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Namun begitu kesan rembesan hormon pada ovari merangsang perkembangan kelenjar susu pada perempuan. Hormon estrogen menggalakkan perkembangannya manakala hormon testosterone merencat pertumbuhannya.
- Pembentukan kelenjar susu sudah terbentuk sejak kelahiran lagi, iaitu pembentukan duktus laktiferus tetapi tiada alveolus. Semasa akil baligh hormon estrogen mula dirangsang untuk menghasilkan cabang-cabang duktus yang kemudiannya akan berkembang menjadi alveolus. Alveolus sebenar hanya akan terbentuk semasa kehamilan dengan pertambahan hormon estrogen dan progesteron yang akan membentuk lebih banyak cabang duktus serentak dengan pembentukan lebih banyak tisu adipos dan salur-salur darah.
- Kolustrum akan mula dihasilkan pada peringkat akhir kehamilan dan seterusnya pada hari-hari awal selepas kelahiran. Susu sebenar akan dihasilkan beberapa hari selepas itu apabila kandungan progesteron mula menurun manakala kandungan prolaktin mula meningkat. Hisapan bayi akan merangsang pengeluaran oksitosin yang akan merangsang pengecutan sel mioepitelia yang menyebabkan pancutan susu.
Menjaga Payudara Semasa Penyusuan
Kita harus pastikan payudara sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan kain lembap bersih sebelum dan selepas menyusukan bayi. Kita harus menggunakan bra yang lembut dan tidak merangsangkan. Pastikan coli lebar dan menutup seluruh payudara. Ibu-Ibu harus sentiasa membuat pemeriksaan payudara sendiri bagi memastikan tiada kesan luka pada aerola, tiada benjolan (susu tersumbat dalam payudara). Sekiranya ada, lakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan dan cepat berjumpa doktor.
Langkah-langkah yang MamaLuv amalkan dahulu bila mendapati susu tersumbat ialah
- Amalan mandi air panas boleh membantu melancarkan proses penyusuan.
- Menggilirkan payudara kita semasa menyusu. Penyusuan pada sebelah payudara sahaja mungkin menyebabkan bentuk dan saiz tidak seimbang.
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment