Wednesday 7 May 2014

Anak Aku Kurus Jer, Kenapa ?


Anakku kurang berat badanAnak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal. Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.

Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak. Perkataan "tak apa nanti besar berat badan akan naik perlu dikikis.Tidak dinafikan pemberian makanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.

Faktor yang menyumbang kepada berlaku kekurangan berat badan dikalangan kanak-kanak kurang berat badan diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumber protein.Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenital juga merupakan masalah kekurangan berat badan.

Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:

• Menjejaskan kecerdasan otak

• Mengganggu pertumbuhan fizikal

• Mengganggu perkembangan kanak-kanak

• Mudah dijangkiti penyakit

Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:

•Terlalu banyak bermain

•Tiada kawan

• Masalah kesihatan

• Masalah gigi rosak

• Jenis makanan dan cara masakan yang sama.

Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.

• Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.

• Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.

• Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.

•Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat bubur nasi.

• Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan. Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga) untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur.

Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. InshaaAllah.

"Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Shaklee Independent Distributor ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...