Tahukah Anda Khasiat Air Kelapa Muda
Kata orang-orang tua yang berpengalaman ,ibu-ibu yang hamil
mengamalkan minum air kelapa muda, air ketuban akan lebih bersih dan
bayi yang di lahirkan juga akan bersih dan sihat kulitnya, lebat
rambutnya dan bening matanya. Berdasarkan pengalaman MamaLuv melahirkan 3 cahayamata...memang ianya terbukti berkesan...
Antara khasiat air kelapa muda bagi ibu yang sedang hamil :1) Minuman isotonik alami
Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
2) Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.
3) Membantu mencegah sembelit dalam sistem pencernaan
Semasa kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang seang mengandung.
4) Mencegah daripada keluhan "Heartburn"
Keluhan Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil. Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.
5) Mencegah kekejangan
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan 4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.
6) Membantu mengurangkan "Morning Sickness"
Antara khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.
7) Penawar racun
Air kelapa muda yang mengandungi asam lauric yang berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric ini juga terkandung dalam air susu ibu ini mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser dan hiv yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
8) Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam sistem tubuh.
9) Membantu proses bersalin
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.
Ibu hamil di galakkan meminum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Air kelapa muda ini boleh diminum begitu sahaja , ataupun dicampur dengan gula atau kunyit. Isi kelapa muda juga amat berkhasiat untuk ibu dan juga bayi didalam kandungan.
sumber: Pa & Ma
* Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. MamaLuv suggest SET IBU HAMIL SHAKLEE. Klik di sini utk info
*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE . KLIK DI SINI
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment