Di antaranya ialah:
☑ Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.
☑ Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
☑ Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik.
☑ Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.
☑ Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda
☑ Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
☑ Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang
☑ Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk
☑ Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
☑ Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
☑ Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)
☑ Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.
☑ Sekali sekala bawalah anak anda makan di luar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai.
☑ Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich
☑ Elakkan daripada memberi snek terlalu dekat dengan waktu makan utamanya.
sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
"Be Healthy & Stay Healthy"
Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:
✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar
➲ Shaklee Independent Distributor ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar)
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia
Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
No comments:
Post a Comment