Wednesday, 21 May 2014

Tips Kelengkapan Persediaan Untuk Bakal-Bakal Ibu

Kalau cakap je "saya dah nak bersalin ni" mesti semua orang di sekeliling kita dah cuak kan? hehehe..masa tu lah kita tergopoh-gopoh nak siapkan itu,ini sampai banyak benda terlupa nak bawa ke hospital. Oleh kerana itu adalah sangat penting bagi bakal ibu menyiapkan barang-barang kelengkapan untuk bersalin setelah masuk ke trimester ke 3 iaitu 7 bulan. 

Disini, MamaLuv ada lampirkan sedikit sebanyak barang-barang wajib yang perlu di bawa ke hospital bagi bakal-bakal ibu. Bakal-bakal ayah pun please take note ye;)

Senarai keperluan bayi di hospital
* 2 helai tuala mandi
* 2 helai selimut
* Pampers saiz NB
* 4 helai baju (di nasihatkan agar membeli baju 0-6month)
* 4 pasang seluar panjang
* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
* penutup kepala bayi
* 2 helai kain lampin/bedung baby

Senarai keperluan ibu di hospital
* 1 helai tuala mandi
* 1 helai tuala muka
* 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
* 1 helai pakaian biasa
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 3 helai coli khas untuk menyusu
* 2 pasang pelapik coli (optional)
* 5 helai seluar dalam pakai buang (MamaLuv dulu standby 15 helai;takut darah banyak..beli kat guardian je;))
* sikat
* berus gigi dan ubat gigi
* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
* pakaian untuk pulang ke rumah

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
* surat rujukan doktor
* kad pengenalan anda
* kad pengenalan suami anda

MamaLuv nasihatkan agar para ibu menyiapkan barang-barang tersebut di dalam 1 beg khas & simpan beg tersebut di dalam kereta. Semoga tips ni memberi manfaat kepada anda;)

Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE THE BEST. Untuk keterangan lanjut KLIK DI SINI

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya Emma Kartika 012-2285484 atau klik saja icon di bawah 

Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.

 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:


➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782

 Email : ikka1979@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 

➲ Cash On Delivery (COD) : Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 

 Penghantaran ke seluruh Malaysia


Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) & jimat sehingga 15-25%.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...