Thursday, 29 May 2014

Khasiat Buah Kurma untuk Ibu Mengandung.

Khasiat Buah Kurma untuk Ibu Mengandung.

Di dalam Quran terdapat satu kisah yang berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26.Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa.Allah menjelaskan, “Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma.

Dia berkata, ‘Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan.’ Maka Jibrail menyeru dari tempat yang rendah dengan berkata, ‘Janganlah kamu bersedih hati,sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu.Dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.Maka makan,minum dan bersenang hatilah kamu.’
khasiat buah kurmaSecara dasarnya,buah kurma sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung.Ia kaya dengan vitamin B6,asid folik,kalium,zat besi dan magnesium.Magnesium susah untuk diperoleh dalam bentuk semula jadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah(blood circulation).Justeru pengambilan buah tamar yang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk magnesium semula jadi bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung.

Kajian sains menunjukkan,semasa sedang dalam proses melahirkan anak (labour),kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini mendatangkan kelesuan kepada si ibu.Pada masa itu si ibu memerlukan,antaranya karbohidrat bagi mengembalikan tenaga di samping kalium (potasium).Mengikut ensiklopedia kesihatan di health.yahoo.com di bawah tajuk Potassium Content Of Fruits,Vegetables,And Other Foods oleh Sydney Youngerman-Cole (RN,BSN,RNC),kalium ialah zat logam di samping memantapkan fungsi saraf serta otot.

Krispin Sullivan (CN),seorang pakar dalam bidang pemakanan Klinikal (Clinical Nutritionist),memperincikan hal ini di dalam artikel beliau yang bertajuk Great Pains: Tips for Having an Easy Childbirth.Beliau berkata ,semasa sedang melahirkan anak tenaga si ibu dapat dipulihkan dengan memberi buah-buahan,jus,sayur-sayuran ataupun yang seumpamanya,yang kaya dengan kalium,magnesium,natrium(sodium) dan sulfur.Bahan-bahan ini akan memudahkan proses kelahiran.

Seperti yang disebutkan sebelum ini,mengikut yang dilaporkan di laman web Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu di www.fao.org buah tamar memang kaya denagn karbohidrat.Karbohidratnya wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa yang menyerap masuk ke dalam sistem darah dengan segera.

Tambahan daripada itu,ia juga kaya dengan kalium dan magnesium di samping mengandungi natrium (sodium) dan sulfur dengan kadar yang sederhana.Justeru,buah tamar sesuai untuk ibu-ibu mengandung sekali gus menampakkan peintah Allah supaya Maryam memakan buah tamar semasa hampir melahirkan Nabi Isa sememangnya saintifik berdasarkan penemuan semasa.

Di petik dari buku : Quran Saintifik (Dr.Danial Zainal Abidin)

 
* Mahukan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. MamaLuv suggest SET IBU HAMIL SHAKLEE. Klik di sini utk info 

*Masih mencari set berpantang yang selamat dan berkesan . MamaLuv suggest SET BERPANTANG SHAKLEE. KLIK DI SINI



 "Be Healthy & Stay Healthy"

Untuk Pertanyaan dan Pesanan Produk SHAKLEE:

✍ FB : Emma Kartika Mohd Anuar 

➲ Pengedar Sah Shaklee Klang (SID) ID: 887782
✍ LIKE Fanpage : vitaminswithluv
✉ Email : ikka1979@gmail.com 
✆ Call/SMS/WhatsApp : 012-2285484 
➲ Cash On Delivery (COD) : Petaling Jaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang (Bukit Raja, Meru dan Kapar) 
➲ Penghantaran ke seluruh Malaysia

Daftar sebagai ahli SHAKLEE dengan yuran pendaftaran serendah RM75.00 (seumur hidup) dan jimat sehingga 15-25%.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...